• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolestrol, garam dan gula yang berlebihan.

Ketika merancang menu sihat, kita boleh menggunakan piramid makanan Malaysia sebagai panduan, terutamanya untuk menentukan jenis dan kuantiti makanan yang sepatutnya dihidangkan. Masukkan Superfoods Malaysia pun sangat disyorkan.

 

Langkah-langkah Menyediakan Menu Sihat

#1: Sediakan menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan

#2: Pastikan makanan daripada kesemua kumpulan dalam piramid makanan Malaysia dimasukkan ke dalam menu harian.

#3: Makanan juga perlu dihilangkan mengikut kuantiti atau jumlah sajian harian yang dicadangkan.

 

 

tips kurus sihat - rancang menu sihat harian - piramid makanan malaysia

 

Kumpulan Makanan Yang Terdapat Di Dalam Piramid Makanan Malaysia

Kumpulan 1 (Aras 1)

 

tips kurus sihat - rancang menu sihat harian - kumpulan 1

  • Nasi
  • Mee/Bihun
  • Pasta
  • Roti
  • Bijirin
  • Ubi-ubian

Kumpulan 2 (Aras 2)

 

tips kurus sihat - rancang menu sihat harian - buah dan sayur

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran

Kumpulan 3 (Aras 3)

 

tips kurus sihat - rancang menu sihat harian - ayam daging ikan

  • Ikan
  • Ayam
  • Daging
  • Telur
  • Kekacang

Kumpulan 4 (Aras 3)

 

tips kurus sihat - rancang menu sihat harian - susu dan produk tenusu

  • Susu dan produk tenusu

Kumpulan 5 (Aras 4)

 

petua badan langsing mudah

  • Lemak
  • Minyak
  • Gula
  • Garam

 

Pengambilan makanan daripada semua kumpulan makanan di atas ni dapat memenuhi keperluan harian nutrien kita.

 

Keperluan Pengambilan Makanan Mengikut Kumpulan Makanan Piramid Makanan Malaysia

Kumpulan 1

  • Rancang agar kumpulan nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian sebagai sumber tenaga utama
  • Perlu diambil sebanyak 4-8 sajian sehari
  • 1 sajian daripada kumpulan makanan ini bersamaan dengan:-
    • 2 senduk @ 1 cawan nasi putih @ 2 cawan bubur nasi
    • 1 1/2 cawan bihun/laksa yang direndam
    • 1 cawan mee basah/keuy teaw
    • 2 keping roti putih/mil penuh
    • 6 keping biskut krim kraker
    • 2 biji kentang (sederhana)
    • 1 cawan ubi keledek/keladi/ubi kayu
    • 2 ketul putu mayam

 

Kumpulan 2

  • Rancang agar menu harian dimasukkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buah-buahan perlu diambil sebanyak 2 sajian sehari manakala sayur-sayuran sebanyak 3 sajian sehari
  • 1 sajian buah-buahan bersamaan dengan:-
    • 1 biji pisang berangan saiz sederhana
    • 2 biji pisang emas
    • 1 potong betik/nenas/tembikai
    • 1 biji oren saiz kecil atau sederhana
    • 1 biji epal/lai/mangga/ciku saiz sederhana
    • 1/2 biji jambu batu/pir
    • 8 biji anggur
    • 3 ulas durian
    • 4 biji prun saiz kecil
    • 1 sudu makan kismis
  • 1 sajian sayur-sayuran bersamaan dengan:-
    • 1/2 cawan sayuran hijau yang dimasak
    • 1/2 cawan sayuran berbuah yang dimasak
    • 1 cawan ulam

 

Kumpulan 3

 

  • Rancang agar menu harian mengandungi kumpulan ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
  • Dalam sehari, hanya 1/2 ke 2 sajian yang terdiri daripada ayam, daging dan telur diperlukan
  • 1 sajian ikan diperlukan sehari
  • 1/2 hingga 1 sajian pula bagi kekacang
  • 1 sajian daging, ayam atau telur bersamaan dengan:-
    • 1 ketul peha ayam
    • 2 ketul daging lembu tanpa lemak
    • 2 biji telur ayam
    • 12 biji telur puyuh
    • 1 cawan isi kerang dimasak
    • 2 ketul hati ayam
  • 1 sajian ikan bersamaan dengan:-
    • 1 ekor ikan kembung @ ikan selar saiz sederhana
    • 1 ketul ikan tenggiri
    • 2 ekor sotong saiz sederhana
    • 2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala
  • 1 sajian kekacang bersamaan dengan:-
    • 1 cawan kacang kuda/dhal yang dimasak
    • 1 1/2 cawan kacang hijau yang dimasak
    • 1 1/2 kacang panggang dalam tin
    • 2 keping tempe/tauhu/takua
    • 1 1/2 susu soya tanpa gula

 

Kumpulan 4

  • Rancang agar menu seharian mengandungi susu atau produk tenusu
  • 1 sajian kumpulan makanan ini boleh diambil antara 1-3 sajian sehari
  • 1 sajian susu @ produk tenusu bersamaan dengan:-
    • 1 gelas susu rendah lemak
    • 2/3 cawan susu sejat
    • 4 susu makan (membumbung) susu tepung
    • 1 cawan yogurt
    • 1 keping keju

 

Kumpulan 5

  • Kumpulan ini terdiri daipada lemak, minyak, gula dan garam.
  • Makanan daripada kumpulan ini hendaklah diambil secara minima sahaja

 

Sememangnya tidak ada satu pun makanan yang dapat membekalkan kesemua zat makanan. Oleh itu, kita perlu menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. Sesungguhnya resipi utama kesihatan adalah makan secara sihat. Badan pun boleh kekal langsing 🙂

Rasanya, dengan contoh yang ada ni, nampak lagi jelas, terang dan nyata macam mana nak sukat makanan kan? Kalau tak, memang blur juga kita yang baru mula nak berjinak-jinak menjaga pemakanan ni.

Semoga sihat sokmo ye 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Tips Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge