• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Air merupakan salah satu sumber yang sangat diperlukan oleh kita untuk meneruskan kehidupan. Malah air merupakan elemen utama yang merangkumi lebih daripada 75% badan manusia.

Rata-rata di antara kita ni memang pun dah sedia maklum yang air (air kosong ye) amat penting, tapi masih lagi memandang acuh tak acuh pasal pengambilan air kosong ni.

 

Kepentingan Air Kosong

Sebenarnya banyak juga saya dah share tentang kepentingan air kosong ni, di antara ialah:-

  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan metabolisma sekaligus membantu turunkan berat badan
  • Membantu membina dan baiki otot
  • Baik untuk kulit dan bantu awet muda
  • Tingkatkan sistem imun
  • Membuang toksin
  • Baik untuk sendi
  • Kekalkan keseimbangan pH dalam tubuh
  • Baik untuk sistem pencernaan – cegah sembelit

 

 

 

water challenge
Antara hasil melakukan water challenge

 

Selalunya alasan yang diberikan adalah terlupa, tak boleh nak telan air tanpa rasa dan yang paling win sebab malas nak ke tandas selalu.

Hmmmm, macam mana tu?

 

Water Challenge Bantu Pengambilan Air Mencukupi

Water Challenge ni sebenarnya ala-ala kaedah memberi motivasi atau semangat dan juga ingatan untuk kita minum air bagi mencukupi keperluan badan setiap hari.

Macam-macam cara boleh dilakukan menggunakan kaedah water challenge ni.
Di antaranya ialah melabelkan atau menanda setiap 200-500 ml air yang diminun bergantung saiz botol yang digunakan.

 

 

tips kekal sihat dengan air - water challenge 1

 
Labelkan dengan kata motivasi, positif dan dapat menggalakkan kita untuk terus minum air.

Boleh letak air dalam botol besar terus atau botol 1 Liter atau 1/2 Liter tiap satu. Susun kat tempat senang nampak supaya kita selalu teringat nak minum air.

 

Masa Cadangan Minun Air

  • Sebelum tidur
  • Sebaik sahaja bangun daripada tidur
  • Sebelum solat
  • Selepas sokat
  • Sebelum masuk bilik air
  • Selepas masuk bilik air
  • Sebelum makan
  • 1/2 jam selepas makan

 

Bercintalah dengan botol yang berisi air kosong tu lepas ni. Maksud saya, kelek lah ia ke mana kita nak pergi, berpisah jangan…hehe

 

Pengambilan air yang mencukupi juga menjadikan salah satu penyebab kejayaan yang besar dalam mencapai misi detoks parasit. Lagi mudah badan nak singkir segala jenis toksin, parasit serta kekotoran yang tidak diperlukan oleh tubuh.

 

 

Jom join group detoks parasit bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks parasit ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge