KIM baru selesai join Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Best sangat projek ni. Projek ni diasaskan oleh Master Norita atau lebih mesra dipanggil Kak N. Kami punya upline dalam group besar …
KIM baru selesai join Projek Blog Mega Shaklee 1.0. Best sangat projek ni. Projek ni diasaskan oleh Master Norita atau lebih mesra dipanggil Kak N. Kami punya upline dalam group besar Shaklee ni. Moderator teknikal a.k.a SEO pula adalah Master Salwa.
Bagaimana Boleh Terlibat Dengan Projek Blog Mega Shaklee 1.0?
Kisahnya, semenjak dua-menjak kebelakangan ni, KIM terasa rindu sangat nak menulis blog tapi tak tahu nak mula dari mana. Sekali, Master Norita offer nak buat Projek Blog Mega Shaklee 1.0. KIM apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, terus lah join.
Perasaan teruja tu bila dapat join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 sangat membuak-buak tau. Apatalah lagi memang niat nak bersihkan sawang kat blog KIM. Excited menunggu pengumuman tugasan yang perlu dibuat.
Task pertama dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni, kami perlu buat entri tentang Intermittent Fasting. Task kedua pula entri mengenai Set Kurus Shaklee. Dua-dua ni topik best dan KIM suka. Nanti jemput baca tau dua-dua entri ni.
Keterujaan Dengan Projek Blog Mega Shaklee 1.0
Peserta yang join Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni lebih daripada 170 orang. Penganjur sendiri pun tak jangka sambutan sehangat ini. Dasyat kan penangan projek ni. Peserta ni ada yang dah sedia mempunyai blog ada yang terdiri daripada beginner dalam penulisan blog.
Part paling best adalah, semua orang yang sertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni layak dapat hadiah. Hadiah utama 25 orang dapat Vivix, 50 orang dapat Collagen, 100 orang dapat Nutriferon dan selebihnya dapat saguhati.
Alhamdulillah, KIM sendiri pun menang hadiah Nutriferon. Berbaloi betul bersengkang mata di malam hari.
Pemurahnya Master Norita sudi taja semua peserta yang join. Untuk Projek Blog Mega Shaklee 1.0, asalkan join dapat hadiah. Yang tak dapat siapkan task, masih dapat saguhati.
Semoga Master Norita dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan dipermudahkan segala urusan beliau. Hadiah yang disediakan ni bukan kaleng-kaleng tau, antara paling ekslusif di Shaklee ni.
Task dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni dilaksakan secara berkumpulan. Kalau salah seorang peserta dalam group tu tak siapkan task, dia akan beri kesan kepada ahli kumpulan yang lain.
Jadi, selain update entri, sebenarnya ia memupuk rasa bertanggungjawab, semangat kerjasama, sabar dan tolak-ansur dalam diri kita.
Projek Blog Mega Shaklee 2.0
Selesai Blog Mega Shaklee 1.0 ni, akan diadakan pula Blog Mega Shaklee 2.0. Wahhh tak sabar dan rasa terujanya nak join. Nak join projek ni kena melalui tapisan yang dibuat oleh pihak penganjur.
Harap KIM terpilih sebab KIM yakin, projek ni memang membawa misi dan visi yang besar. Semoga berjaya dari segi bisnes dan pembangunan sahsiah diri. Doakan KIM ya.
Ramai yang berjaya kurus tapi masih ramai yang gagal mengekalkan berat badan ideal. Salah satu daripada punca kegagalan kita untuk mengekalkan berat badan ideal adalah faktor pemakanan. Mesti nak tahu kan …
Ramai yang berjaya kurus tapi masih ramai yang gagal mengekalkan berat badan ideal. Salah satu daripada punca kegagalan kita untuk mengekalkan berat badan ideal adalah faktor pemakanan. Mesti nak tahu kan bagaimana Set Kurus Shaklee berperanan bantu kurus dalam aspek pemakanan.
Faktor Pemakanan Gagalkan Usaha Kurus
Sebagaimana yang kita sedia maklum, faktor kejayaan utama menurunkan berat badan 80% datangnya daripada pemakanan manakala 20% lagi adalah aktiviti fizikal. Semua faktor ini terangkum di dalam gaya hidup seharian kita.
Pemakanan ni termasuklah apa yang kita makan juga cara penyediaan makanan tersebut. Pastikan untuk memilih makanan yang tinggi nutrisi (paling disarankan real food). Kawal dan kurangkan makanan terproses, makanan segera dan makanan ringan (jajan).
Sekiranya tidak menjaga pemakanan, sia-sialah usaha turunkan berat badan yang kita lakukan. Berkemungkinan besar, kita berpotensi untuk mendapat kesan yo-yo diet.
Selain penjagaan makanan harian, suplemen atau makanan tambahan juga sangat disyorkan diambil sepanjang usaha kita menurunkan berat badan. Pastikan memilih suplemen yang selamat serta semulajadi seperti Set Kurus Shaklee.
Set Kurus Shaklee
Set Kurus Shaklee ni dibangunkan khas untuk menyokong proses penurunan berat badan secara sihat. Apabila kita ingin turunkan berat badan, sudah pasti kita akan mengubah tabiat pemakanan dan aktiviti seharian kita kan? Nak senang faham, kita akan mula berdiet dan bersenam.
Sepanjang proses berdiet, berkemungkinan besar badan kita tak cukup nutrisi menyebabkan kita boleh berasa penat, stress, loya, berangin dan sebagainya. Jadi, suplemen ni sangatlah membantu dalam memenuhi lompong-lompong nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sesuai sangat diamalkan oleh sesiapa sahaja yang tengah buatIntermittent Fasting.
Set Kurus Shaklee terdiri daripada Omega, Lecithin, Herblax Cinch Shake Chocolate dan Vivix.
Omega Guard
Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee ni mengandungi Asid Lemak Omega 3 yang tidak menggemukkan. Dua hormon utama yang mengawal rasa lapar dan kenyang adalah ghrelin dan leptin. Gabungan diet seimbang dengan pengambilan Omega 3 didapati bermanfaat dalam mengawal selia kedua-dua jenis hormon ini. Justeru ia dapat menyeimbangkan antara rasa kenyang yang lebih lama dan kurang lapar.
Omega Guard juga membantu meningkatkan kadar metabolisma, mengawal selia tahap lemak sihat, mengempiskan perut, mengecilkan saiz badan (inch loss), meningkatkan kadar pembakaran kalori apabila bersenam, mengurangkan tekanan serta meningkatkan paras insulin sihat.
Lecithin
Fungsi utama Lecithin dalam Set Kurus Shaklee adalah mengemulsi atau memecahkan lemak semulajadi. Lecithin bertindak melekat pada lemak dan seterusnya mengapungkan lemak tersebut. Selain itu, Lecithin menghalang lemak daripada melekat pada dinding membran. Dengan senaman yang bersesuaian, Lecithin akan bertindak membakar lemak dengan lebih pantas.
Lecithin juga berupaya mencegah pembentukan lemak baru daripada makanan yang diambil. Seterusnya Lecithin turut berupaya meningkatkan paras kolestrol baik (LDL), mengurangkan paras kolestrol jahat (HDL) sekaligus berupaya mengawal paras triglycerides.
Dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang lebih banyak akan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Dengan ini badan akan mendapat kesan pelangsingan yang seimbang.
Herb-Lax
Dalam Set Kurus Shaklee, Herb-Lax ni kecil molek sahaja tau. Tapi kecil-kecil cili padi. Kesannya sangat berapi.
Tahukah anda yang kesihatan usus berkait rapat dengan keberkesanan proses penurunan berat badan? Usus yang sihat akan membantu badan menyerap nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma semakin tinggi, maka proses pembakaran kalori menjadi semakin banyak. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi semakin kurus.
Kalau kita tidak membuang air besar setiap hari, selalu sembelit atau cirit-birit, ini merupakan petanda usus kita kurang sihat.
Untuk kes ini, Herb-Lax akan membantu melaksanakan detoks usus. Campuran proprietari Herb-Lax termasuk daun senna yang digunakan secara tradisi sebagai laksatif semulajadi.
Herb-Lax membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuklah lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus. Selain itu, Herb-Lax turut menyahkan najis yang tersumbat dan tersimpan lama dalam badan.
Di samping itu, Herb-Lax juga meningkatkan rangsangan pergerakan usus semasa proses perkumuhan. Dengan itu ia bantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah berlakunya sembelit. Paling best bila Herb-Lax ni buatkan perut kita jadi semakin kempis. Nampak kan betapa pentingnya Herb-Lax dalam Set kurus Shaklee ni.
Cinch Shake
Cinch Shake merupakan produk protein soya yang mempunyai tiga perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Dalam Set Kurus Shaklee ni, didatangkan Cinch Shake perisa coklat.
Cinch Shake bertindak sebagai pengganti makanan atau lebih dikenali sebagai meal replacement.
Cinch Shake sangat istimewa kerana diformulasikan dengan leucine iaitu salah satu daripada sembilan asid amino perlu dan penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan. Jadi ianya perlu didapatkan daripada sumber makanan.
Leucine bertindak menjaga jisim otot dam membantu pertumbuhan otot sihat semasa proses penurunan berat badan. Ini bermakna, penurunan berat badan bukan disebabkan oleh kehilangan sel otot tapi yang hilang adalah sel lemak.
Semakin tinggi kadar otot dalam badan, maka semakin tinggi kadar metabolisma. Bila kadar metabolisma tinggi, semakin banyak kalori dibakar. Bila pembakaran kalori tinggi dalam badan, kita akan mengalami weight loss dan inch loss pada kadar yang sihat dan seimbang.
Vivix
Vivix adalah the best and the premium produk dalam Set Kurus Shaklee ni. Vivix merupakan minuman botani yang sangat tinggi kandungan polifenol. Polifenol ini pula sangat kaya dengan khasiat anti-penuaan dan anti-oksidan sel secara semulajadi.
Untuk penurunan berat badan, Vivix berfungsi membantu menyahkan toksin daripada badan serta menggalakkan proses detox seluruh badan berlaku dengan lebih optimum.
Vivix ni bantu lancarkan fungsi otak yang memberikan rasa kenyang serta mengurangkan rasa lapar. Selain itu, Vivix dapat mengurangkan serta mengawal rasa craving terhadap gula.
Memandangkan Vivix bertindak sehingga ke peringkat sel, bermakna Vivix sekaligus dapat menggalakkan kesan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Paling ketara dapat dilihat dari segi tenaga serta, kecantikan kulit dan wajah buat pengamalnya. Hebatkan kuasa Vivix dalam Set Kurus Shaklee ni. Kurus dapat, kesihatan menyeluruh inshaaAllah bakal dinikmati.
Promosi Set Kurus Shaklee Premium
Kebetulan bulan Februari ni, Shaklee ada buat Promosi Set Kurus Shaklee Premium tau. Dengan pembelian Set Kurus Shaklee Premium ni, anda layak dapat percuma satu tong Cinch Shake Chocolate (berharga RM190 di pasaran).
Dengan pembelian Set Kurus Shaklee Premium ni, anda layak terima cash back sebanyak lebih kurang RM36. Dapat lagi keahlian percuma dan penghantaran percuma. Memang berbaloi-baloi sangat bila beli semasa promosi macam sekarang ni.
Kenapa Set Kurus Shaklee Premium?
Apabila kita nak turunkan berat badan, kita kena pastikan melalui cycle lengkap penurunan berat badan tu. Kitaran tersebut adalah pembakaran (Vivix, Omega, Lecithin), detoks atau nyah toksin dan kotoran yang memudaratkan fungsi badan (Herb-Lax, Vivix) serta pembentukan semula otot sihat (Cinch Shake).
Kitaran lengkap ini sangat penting supaya berat badan ideal kita dapat bertahan lebih lama. Ia juga dapat mencegah daripada kesan Yo-yo Diet.
Ibarat kita nak servis kereta kan, kena bersih luar dalam kereta, tukar minyak hitam, buat alignment dan sebagainya. Barulah prestasi kereta kita lepas tu tip-top. Kalau servis lompong sana-sini, alamatnya terpaksa hantar baliklah kereta kita ke bengkel.
Sebab tulah amat penting untuk kita mengambil Set Kurus Shaklee Premium ni kalau nak dapat kesan yang paling optimum.
Jadi, kalau anda berminat nak amalkan Set Kurus Shaklee Premium ni, boleh segera hubungi KIM ya. InshaaAllah, nanti KIM guide cara makan Set Kurus Shaklee Premium termasuk tips-tips untuk support usaha anda dalam mencapai berat badan yang diimpikan.
Pernah dengar tentang intermittent fasting? Biasanya intermittent fasting ni agak popular di kalangan golongan yang ingin turunkan berat badan atau nak kekalkan berat badan ideal. Dengan kata lain, intermittent fasting ni …
Pernah dengar tentang intermittent fasting? Biasanya intermittent fasting ni agak popular di kalangan golongan yang ingin turunkan berat badan atau nak kekalkan berat badan ideal. Dengan kata lain, intermittent fasting ni dijadikan sebagai salah satu cara untuk kurus dan kekal kurus.
Apa Itu Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting menurut Doktor Kushairi Zuraidi, MBBCh sebenarnya merupakan salah satu gaya hidup sihat. Namun, ada sesetengah orang berpendapat yang intermittent fasting ni merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan di antara waktu makan dan waktu untuk kita berpuasa.
Diet lain selalunya lebih fokus kepada apa yang kita makan tapi kedah diet intermittent fasting ni lebih tertumpu kepada bila kita makan. Kalau nak tahu, intermittent fasting ni lebih dikenali dengan nama ringkasannya IF. Biasa kan dengar orang sebut IF ni?
Melalui kaedah intermittent fasting ni, kita boleh mengambil makanan dan minuman untuk jangka waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, kita akan berpuasa. Apabila kita berpuasa, secara tidak langsung kita akan mengurangkan kekerapan mengambil makanan.
Apabila badan kurang menerima makanan, maka keadaan ini akan membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat dan banyak. Bila lemak terbakar lebih banyak, maka potensi untuk turunkan berat badan serta kurus menjadi semakin tinggi.
Cara Melakukan Intermittent Fasting
Konsep asas dalam melakukan intermittent fasting terbahagi kepada dua perkara iaitu:
Tempoh berpuasa dilakukan sekurang-kurangnya selama 12 jam.
Tidak mengambil sebarang makanan atau minuman yang akan meningkatkan kadar gula dalam darah semasa tempoh berpuasa.
Sebab Berpuasa Melebihi 12 Jam
Badan kita akan mengambil masa selama 12 jam untuk menghabiskan simpanan tenaga di dalam hati dan selepas tempoh ini badan akan memulakan proses ketosis. Ini bermakna, badan kita akan berubah daripada menggunakan gula sebagai tenaga kepada penggunaan keton (lemak) untuk melaksanakan fungsi-fungsi badan.
Sebab Mengapa Perlu Elakkan Makanan Atau Minuman Yang Naikkan Gula?
Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kadar kenaikan hormon insulin yang mendadak dalam badan. Hormon insulin merupakan hormon yang berfungsi menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menghalang proses ketosis. Jadi, macam kurang berkesanlah kita buat intermittent fasting ni.
Apakah Itu Ketosis
Ketosis adalah proses metabolisma badan yang menggunakan lemak sebagai tenaga. Apabila kita berpuasa dan pada masa yang sama mengelakkan makanan serta minuman bergula, kadar insulin akan kekal rendah. Seterusnya badan akan menyimpan gula untuk kegunaan sel-sel tertentu sahaja.
Pada masa yang sama juga, majoriti sel dalam badan akan menghasilkan tenaga menggunakan keton yang dihasilkan daripada simpanan lemak dalam badan sebagai sumber alternatif. Proses inilah dikenali sebagai ketosis.
Nantikan sharing KIM yang lebih banyak lagi tentang intermittent fasting ni di dalam entri berikutnya tau. Sementara tu, jemput baca juga perkongsian tentang intermittent fasting dalam blog partner KIM, Jasica Rabica ni.