Tahukah para ibu bahawa teknik pernafasan yang betul boleh membantu mengurangkan rasa sakit serta memudahkan proses untuk melahirkan bayi? Ramai yang berkata, bila dah tiba saat nak push bersalin tu, dah tak sempat nak fikir apa-apa.
Tapi sebenarnya, kalau para ibu dah mula mempraktiskan teknik pernafasan yang betul sejak dari mengandung lagi, pasti ianya menjadi lebih mudah apabila tiba waktu bersalin nanti.
Teknik Pernafasan Bantu Mudah & Kurangkan Sakit Bersalin Boleh Diamalkan Semasa Hamil
1) Fikirkan Perkataan Relaks
Sewaktu menarik nafas, fikirkan “re”. Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan perkataan “laks”. Fokus sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan tersebut berulang-ulang selari dengan corak pernafasan para ibu sekalian.
Semasa menghembus nafas, lepaskan sebarang tekanan yang mungkin dialami. Beri tumpuan kepada otot yang dirasakan selalu mengalami ketegangan. Setiap kali menghembus nafas, fikir dalam tempoh yang agak panjang iaitu “laaaaks”.
2) Buat Kiraan Semasa Pernafasan
Semasa menarik nafas, buat kiraan sebanyak 3-4 dengan perlahan (atau sebarang nombor yang disukai). Semasa menghembus nafas pula, buat kiraan sebanyak 3-4 sekali lagi.
Para ibu akan dapati akan berasa lebih selesa membuat kiraan 3 kali semasa menarik nafas dan 4 kali untuk menghembus nafas.
3) Bernafas Melalui Hidung & Hembus Menggunakan Mulut
Tarik nafas dengan hidung dan hembus nafas melalui mulut. Membuat bunyi seperti “Oooohh” atau “Aaaahhh” sewaktu menghembus nafas dapat membantu ketika proses kelahiran.
Pastikan ibu-ibu banyak minum air kosong di antara waktu kontraksi bagi mengelakkan mulut menjadi kering.
4) Sewaktu Braxton Hicks
Sewaktu berlaku kontraksi palsu yang biasanya biasanya pada trimester akhir, tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut.
5) Semasa Kontraksi Semakin Kerap
Tarik nafas pendek-pendek melalui mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah para ibu bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Tetapi lakukan dalam keadaan tenang.
Dalam masa yang sama, jangan kosongkan paru-paru sebelum menyedut nafas yang seterusnya.
6) Apabila Berlaku Geseran Meneran
Tarik nafas 2 kali melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Seterusnya, setelah tiada geseran meneran, hembus nafas seperti biasa.
7) Ketika Tiba Masa Meneran
Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang telah berada di pintu serviks termasuk ke dalam semula.
Sememangnya terasa agak banyak juga langkah-langkah nak disimpan dalam kepala kan. Tambah-tambah lagi di saat para ibu sekalian sedang bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Namun, dengan sentiasa bertenang dan latihan yang dibuat secara konsisten sebelum bersalin, pasti semuanya dapat berjalan dengan lancar.
Semoga semua ibu hamil dan bayi yang bakal dilahirkan nanti akan diberi kemudahan dan keselamatan oleh-Nya. Aameen.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
mudah mudahan teknik ni dapat kurangkan sakit semasa kaum ibu bersalin 🙂
Ikhwan recently posted…Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41
Aameen, harap2nya begitulah
Kena save bebetul ni. Nanti kalau ada no 3 boleh praktiskan =)
Ibu Zarith recently posted…Cinch Energy Tea Mix Ubat Tahan Mengantuk Terbaik
Kannn, boleh praktis dari sekarang?
kalau rajin baca quran nih..
takde masalah biasanya bab-bab pernafasan nih.
titan recently posted…Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.
Asal makhraj biar betul 🙂
Terimakasih Ibu atas tips sehatnya..
Parameter recently posted…Trio Air Terjun Yang Layak Dikunjungi Saat di Bali
Sama2, moga bermanfaat
Kena praktik ni untuk ibu yang akan bersalin
Faizul Ali recently posted…Pengeposan Produk Delima Aininur ke Seluruh Malaysia
Ye betul, baik praktis dulu 🙂