Sebelum berkahwin semua nampak sempurna, terbaik dan cantik molek jer. Tak kiralah dari pihak lelaki atau wanita, tapi lepas jer mendirikan rumahtangga, hidup bersama tak sampai setengah tahun, macam-macam isu yang timbul.
Tapi, bila saya tengok video ni, memang senyum sorang-sorang. Memang tergelak pun ye. Rasanya memang itulah hakikat lelaki dan wanita. Masa bujang memang tak perasan sangat, tapi selepas berumahtangga, baru nampak diri yang sebenar pasangan kita.
Memang itulah dia salah satu kehebatan yang ketara seorang wanita, multitasker, ye tak? Ada jugak orang gelar tangan sotong. Dalam satu masa boleh buat macam-macam kerja. Siap tip-top lagi hasilnya.
Sebab tu memang tak pelik pun bila muncul ramai jer Work At Home Mom (WAHM) yang berjaya. Uruskan rumah tangga dengan sempurna, lepas tu cemerlang dalam bisnes. Tak kurang juga yang buat part time business sambil bekerja sepenuh masa.
Jadi kaum bapa, betul tak bab multitasking ni, kaum ibu lagi hebat? Rasanya incik suamiku pun baca entri ni…..hehehe
Kaum lelaki pulak jenis fokus orangnya. Jadi, tak hairanlah biaser jer berlaku perkara-perkara yang disebut kat dalam video kat atas tu. Diaorang ni biasanya sangat hebat dalam kerja-kerja yang memerlukan pemikiran secara kritikal (critical thinking) dan kepimpinan.
Sebab tu, sebenarnya dalam sebuah perkahwinan ni bukan nak tunjuk siap yang hebat, siapa yang paling bagus. Bukan isteri paling terror atau bukan suami yang paling perkasa.
Namun perkahwinan ni mempertemukan dua hati yang berlainan jantina. Hidup bersama untuk berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Usah diungkit kekurangan pasangan, sebaliknya jadikan kehebatan dan kelebihan diri sendiri untuk menampung kekurangan pasangan agar rumahtangga terus aman damai dan diberkati. Hidup sentiasa positif, stress pun akan hilang jauh-jauh.
Jangan lupa untuk amalkan Tips Muhasabah Tingkat Potensi Diri juga 🙂
Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
isteri atau ibu boleh jaga 10 orang anak sekaligus.
Dr Fattah recently posted…Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Ye betul, 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu walaupun secara bergilir-gilir atau ramai-ramai
Memang seorang isteri MULTITASKER yang sangat EFEKTIF!
Noriza Rahman recently posted…Kepentingan Pengambilan Asid Folik
Sangat setuju!
tidak dinafikan wanita adalah multitasker..sebab corak otak mereka bekerja memang macam tu..supaya dapat menampung kekurangan pada lelaki aka suami..
sebab itu suami dan isteri saling melengkapi
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Untuk Bisnes Telco
Memang betul. Betapa hebatnya ciptaan Allah
saya begitu menghargai istri saya karena sanggup maintain semua pekerjaan rumah sendiri
islam di dadaku recently posted…Rumahmu Adalah Surgamu
Alhamdulillah. Isteri tuan adalah antara wanita yang paling bertuah
Ada betulnya apa dalam video tu
Malaysia Tercinta recently posted…Jadual Siaran Langsung Liga Super 2015
Memang betul pun..hihi
entah la.
aku rasa aku sendiri lebih multitasker berbanding bini orang lain.
titan recently posted…Komisen ke 41 dari Ashadee.com
Bini orang??? Macammana tahu? Ni mesti takut wife sendiri terbaca komen ni…hahaha