• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Ramai yang berjaya kurus tapi masih ramai yang gagal mengekalkan berat badan ideal. Salah satu daripada punca kegagalan kita untuk mengekalkan berat badan ideal adalah faktor pemakanan. Mesti nak tahu kan bagaimana Set Kurus Shaklee berperanan bantu kurus dalam aspek pemakanan.

Tips turunkan berat badan
Set Kurus Shaklee Premium

Faktor Pemakanan Gagalkan Usaha Kurus

Sebagaimana yang kita sedia maklum, faktor kejayaan utama menurunkan berat badan 80% datangnya daripada pemakanan manakala 20% lagi adalah aktiviti fizikal. Semua faktor ini terangkum di dalam gaya hidup seharian kita.

Pemakanan ni termasuklah apa yang kita makan juga cara penyediaan makanan tersebut. Pastikan untuk memilih makanan yang tinggi nutrisi (paling disarankan real food). Kawal dan kurangkan makanan terproses, makanan segera dan makanan ringan (jajan).

Sekiranya tidak menjaga pemakanan, sia-sialah usaha turunkan berat badan yang kita lakukan. Berkemungkinan besar, kita berpotensi untuk mendapat kesan yo-yo diet.

Selain penjagaan makanan harian, suplemen atau makanan tambahan juga sangat disyorkan diambil sepanjang usaha kita menurunkan berat badan. Pastikan memilih suplemen yang selamat serta semulajadi seperti Set Kurus Shaklee.

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee ni dibangunkan khas untuk menyokong proses penurunan berat badan secara sihat. Apabila kita ingin turunkan berat badan, sudah pasti kita akan mengubah tabiat pemakanan dan aktiviti seharian kita kan? Nak senang faham, kita akan mula berdiet dan bersenam.

👉👉 Baca info tentang Set Kurus Shaklee by Erna Nordiana Ramli

Sepanjang proses berdiet, berkemungkinan besar badan kita tak cukup nutrisi menyebabkan kita boleh berasa penat, stress, loya, berangin dan sebagainya. Jadi, suplemen ni sangatlah membantu dalam memenuhi lompong-lompong nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sesuai sangat diamalkan oleh sesiapa sahaja yang tengah buat Intermittent Fasting.

Set Kurus Shaklee terdiri daripada Omega, Lecithin, Herblax Cinch Shake Chocolate dan Vivix.

Omega Guard dan Lecithin sebagai agen pembakar lemak untuk proses turunkan berat badan berkesan.

Omega Guard

Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee ni mengandungi Asid Lemak Omega 3 yang tidak menggemukkan. Dua hormon utama yang mengawal rasa lapar dan kenyang adalah ghrelin dan leptin. Gabungan diet seimbang dengan pengambilan Omega 3 didapati bermanfaat dalam mengawal selia kedua-dua jenis hormon ini. Justeru ia dapat menyeimbangkan antara rasa kenyang yang lebih lama dan kurang lapar.

Omega Guard juga membantu meningkatkan kadar metabolisma, mengawal selia tahap lemak sihat, mengempiskan perut, mengecilkan saiz badan (inch loss), meningkatkan kadar pembakaran kalori apabila bersenam, mengurangkan tekanan serta meningkatkan paras insulin sihat.

Lecithin

Fungsi utama Lecithin dalam Set Kurus Shaklee adalah mengemulsi atau memecahkan lemak semulajadi. Lecithin bertindak melekat pada lemak dan seterusnya mengapungkan lemak tersebut. Selain itu, Lecithin menghalang lemak daripada melekat pada dinding membran. Dengan senaman yang bersesuaian, Lecithin akan bertindak membakar lemak dengan lebih pantas.

Lecithin juga berupaya mencegah pembentukan lemak baru daripada makanan yang diambil. Seterusnya Lecithin turut berupaya meningkatkan paras kolestrol baik (LDL), mengurangkan paras kolestrol jahat (HDL) sekaligus berupaya mengawal paras triglycerides.

Dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang lebih banyak akan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Dengan ini badan akan mendapat kesan pelangsingan yang seimbang.

Herb-Lax bermanfaat dalam menyingkirkan toksin dan mendapan kotoran serta bahan buangan pada usus

Herb-Lax

Dalam Set Kurus Shaklee, Herb-Lax ni kecil molek sahaja tau. Tapi kecil-kecil cili padi. Kesannya sangat berapi.

Tahukah anda yang kesihatan usus berkait rapat dengan keberkesanan proses penurunan berat badan? Usus yang sihat akan membantu badan menyerap nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma semakin tinggi, maka proses pembakaran kalori menjadi semakin banyak. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi semakin kurus.

Kalau kita tidak membuang air besar setiap hari, selalu sembelit atau cirit-birit, ini merupakan petanda usus kita kurang sihat.

Untuk kes ini, Herb-Lax akan membantu melaksanakan detoks usus.  Campuran proprietari Herb-Lax  termasuk daun senna yang digunakan secara tradisi sebagai laksatif semulajadi.

Herb-Lax membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuklah lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus. Selain itu, Herb-Lax turut menyahkan najis yang tersumbat dan tersimpan lama dalam badan.

Di samping itu, Herb-Lax juga meningkatkan rangsangan pergerakan usus semasa proses perkumuhan. Dengan itu ia bantu melawaskan pembuangan air besar dan mencegah berlakunya sembelit. Paling best bila Herb-Lax ni buatkan perut kita jadi semakin kempis. Nampak kan betapa pentingnya Herb-Lax dalam Set kurus Shaklee ni.

Cinch Shake diperlukan bagi mengisi kekosongan sel lemak yang telah dibakar supaya otot sihat dapat dibina

Cinch Shake

Cinch Shake merupakan produk protein soya yang mempunyai tiga perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Dalam Set Kurus Shaklee ni, didatangkan Cinch Shake perisa coklat.

Cinch Shake yang mempunyai indeks glisemik rendah membantu rasa kenyang dan bertenaga lebih lama.

Cinch Shake bertindak sebagai pengganti  makanan atau lebih dikenali sebagai meal replacement.

Cinch Shake sangat istimewa kerana diformulasikan dengan leucine iaitu salah satu daripada sembilan asid amino perlu dan penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan. Jadi ianya perlu didapatkan daripada sumber makanan.

Leucine bertindak menjaga jisim otot dam membantu pertumbuhan otot sihat semasa proses penurunan berat badan. Ini bermakna, penurunan berat badan bukan disebabkan oleh kehilangan sel otot tapi yang hilang adalah sel lemak.

Semakin tinggi kadar otot dalam badan, maka semakin tinggi kadar metabolisma. Bila kadar metabolisma tinggi, semakin banyak kalori dibakar. Bila pembakaran kalori tinggi dalam badan, kita akan mengalami weight loss dan inch loss pada kadar yang sihat dan seimbang.

Vivix menjadi pelengkap dan booster dalam proses turunkan berat badan sihat

Vivix

Vivix adalah the best and the premium produk dalam Set Kurus Shaklee ni. Vivix merupakan minuman botani yang sangat tinggi kandungan polifenol. Polifenol ini pula sangat kaya dengan khasiat anti-penuaan dan anti-oksidan sel secara semulajadi.

Untuk penurunan berat badan, Vivix berfungsi membantu menyahkan toksin daripada badan serta menggalakkan proses detox seluruh badan berlaku dengan lebih optimum.

Vivix ni bantu lancarkan fungsi otak yang memberikan rasa kenyang serta mengurangkan rasa lapar. Selain itu, Vivix dapat mengurangkan serta mengawal rasa craving terhadap gula.

Memandangkan Vivix bertindak sehingga ke peringkat sel, bermakna Vivix sekaligus dapat menggalakkan  kesan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Paling ketara dapat dilihat dari segi tenaga serta, kecantikan kulit dan wajah buat pengamalnya. Hebatkan kuasa Vivix dalam Set Kurus Shaklee ni. Kurus dapat, kesihatan menyeluruh inshaaAllah bakal dinikmati.

Set Kurus Shaklee Premium menampung keperluan nutrisi lengkap semasa proses turunkan berat badan

Promosi Set Kurus Shaklee Premium

Kebetulan bulan Februari ni, Shaklee ada buat Promosi Set Kurus Shaklee Premium tau. Dengan pembelian Set Kurus Shaklee Premium ni, anda layak dapat percuma satu tong Cinch Shake Chocolate (berharga RM190 di pasaran).

Dengan pembelian Set Kurus Shaklee Premium ni, anda layak terima cash back sebanyak lebih kurang RM36. Dapat lagi keahlian percuma dan penghantaran percuma. Memang berbaloi-baloi sangat bila beli semasa promosi macam sekarang ni.

Kenapa Set Kurus Shaklee Premium?

Apabila kita nak turunkan berat badan, kita kena pastikan melalui cycle lengkap penurunan berat badan tu. Kitaran tersebut adalah pembakaran (Vivix, Omega, Lecithin), detoks atau nyah toksin dan kotoran yang memudaratkan fungsi badan (Herb-Lax, Vivix) serta pembentukan semula otot sihat (Cinch Shake).

Kitaran lengkap ini sangat penting supaya berat badan ideal kita dapat bertahan lebih lama. Ia juga dapat mencegah daripada kesan Yo-yo Diet.

Ibarat kita nak servis kereta kan, kena bersih luar dalam kereta, tukar minyak hitam, buat alignment dan sebagainya. Barulah prestasi kereta kita lepas tu tip-top. Kalau servis lompong sana-sini, alamatnya terpaksa hantar baliklah kereta kita ke bengkel.

Sebab tulah amat penting untuk kita mengambil Set Kurus Shaklee Premium ni kalau nak dapat kesan yang paling optimum.

Jadi, kalau anda berminat nak amalkan Set Kurus Shaklee Premium ni, boleh segera hubungi KIM ya. InshaaAllah, nanti KIM guide cara makan Set Kurus Shaklee Premium termasuk tips-tips untuk support usaha anda dalam mencapai berat badan yang diimpikan.

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM)

https://bit.ly/TanyaKIM

#projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #KIMLegacy


Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Set Kurus Shaklee Bantu Langsing

  1. second time intermitten fasting gunakan set shaklee memang best! sebab badan bertenaga dan kulit pun makin cantik hihi

Leave a Reply to Jasica Jaimin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge