• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, adalah penting untuk menyusukan bayi dengan susu awal kelahiran atau lebih dikenali sebagai kolostrum. Namun ramai kalangan ibu di luar sana yang masih tidak tahu cara lekapan (latch on) menyusu yang betul.

Apabila teknik lekapan menyusu tidak betul, ianya bukan sahaja mengganggu kelancaran menyusu pada bayi, malah turut mendatangkan masalah pada ibu sendiri.

Lekapan yang salah juga menjadi salah satu punca susu merudum. Sudahnya ibu pula yang stress. Nak fikir macam mana nak tambah susu, risaukan baby yang sering kelaparan lagi. Memang boleh down.

Macam Puan Farah Wahida ni, kuantiti susu beliau drop teruk akibat stress. Beliau ada kongsi bagaimana beliau atasi masalah yang dihadapinya dalam video ni.

 

 

Sebab Cara Lekapan Menyusu Yang Betul Perlu Diketahui

 

teknik lekapan menyusu yang betul

Sekiranya cara lekapan menyusu tidak sempurna, kemungkinan yang akan berlaku ialah:-

1) Payudara bengkak/bengkak susu (engorgement) walaupun bayi kerap menyusu

2) Payudara luka atau melecet

3) Payudara sakit

4) Susu merudum/berkurangan

5) Bayi menangis dan masih belum berasa kenyang

6) Bayi meragam ketika atau selepas menyusu

7) Bayi tidur kurang daripada sejam

8) Ibu dan bayi nampak tidak tenteram dan stress

 

Cara Lekapan Menyusu Yang Betul

1) Pastikan bayi dan ibu berada di dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Jika perlu, boleh letakkan bantal di belakang ibu. Boleh juga letakkan bantal di atas peha agar kedudukan bayi selaras dengan payudara ibu.

2) Pastikan bayi dalam keadaan aktif dan tidak mengantuk. Jika bayi meragam atau menangis, tenagkan bayi terlebih dahulu.

3) Bayi akan melekap dengan selesa sekiranya posisi badan bayi adalah betul. Pastikan ibu menyokong keseluruhan badan bayi. Mengiringkan badan bayi mengadap ibu dan muka bayi mengadap payudara.

 

Cara lekapan menyusu yang betul

4) Mulakan Pelekapan:-

(i) Bawa bayi ke payudara ibu, bukan payudara kepada bayi, jangan bongkokkan badan. Ibu seharusnya berada dalam keadaan selesa dan rilex.

(ii) Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas-luasnya.

(iii) Masukkan puting dan gerakkan bayi rapat ke arah payudara.

 

 

Cara lekapan menyusu yang betul

(iv) Pastikan mulut bayi merangkumi sebahagian besar aerola payudara. Aerola ialah kawasan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast ibu kecil, jadi, berkemungkinan keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.

Peringatan: Sekiranya kawasan aerola terlalu besar dari biasa, jangan paksa semua kawasan aerola masuk ke dalam mulut bayi. Ini boleh menyebabkan bayi tercekik.

 

teknik lekapan menyusu yang betul

(v) Pastikan bayi lekap (latching) payudara ibu dengan betul dan ampu payudara dengan tangan ibu sewaktu proses menyusu.

 

teknik lekapan menyusu yang betul

 

(vi) Pelekapan yang betul akan menyebabkan mulut bayi kelihatan seperti “mulut ikan”. Pada payudara ibu, bibir atas dan bawah bayi akan melentik keluar. Puting ibu juga harus menyentuh lelangit lembut bayi, bukannya lelangi keras.

 

Cara lekapan menyusu yang betul

(vii) Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan puting dari mulut bayi menggunakan jari kelingking ibu. Ulang kembali proses lekapan sehingga betul-betul sempurna. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting ibu melecet selepas 1-2 kali penyusuan.

(viii) Ciri-ciri pelekapan yang sempurna

  • dagu bayi menyentuh payudara ibu
  • pipi bayi membulat dan ibu dapat melihat bayi menggerakkan keseluruhan rahangnya
  • dapat merasa bayi menghisap payudara
  • dapat mendengar sedikit bunyi bayi menyusu
  • hidung bayi mungkin tertutup sedikit dengan payudara, tidak mengapa walaupun hanya bayi bernafas dengan satu lubang hidung

 

Apa yang paling penting, para ibu perlulah bertenang dan banyak-banyak bersabar kalau masih belum mendapat posisi lekapan menyusu yang sempurna. Cuba dan terus mencuba. Practices Make Perfect!

Jangan cepat down atau putus asa. Jika perlu, boleh rujuk kaunselor atau pakar laktasi.

Para ibu juga boleh rujuk kepada entri:-

 

Happy Breastfeeding, Mommies!!!

 

Ibu sihat, keluarga bahagia, ibu bijak, rumahtangga sejahtera 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Kepentingan Cara Lekapan Menyusu Yang Betul Agar Tidak Menderita Puting Melecet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge