• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Restoran kegemaran saya ialah Restoran Haji Hassan Ayam Kampung. Restoran masakan Kelantan ni terletak di Stesyen 7, Bandar Baru Bangi. Kredit untuk preciouspea untuk gambar-gambar makanan yang saya pinjam. 😛

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran ni pun memang cantik, berukir-ukir gitu. Selalunya kami akan berkunjung pada hujung minggu. Kitaorang suka makan kat bahagian atas sebab lagi safety dengan dua orang budak kecil yang cergas dan riang-ria ni. Lagipun Kashful memang suka makan kat bahagian atas. Kalau datang ke sini, memang dah melulu terus naik tangga. 🙂

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Kenapa Restoran Ini Menjadi Pilihan? Walaupun masakan yang berkonsepkan nasi berlauk ini menghidangkan menu dari negeri Cik Siti Wan Kembang, namun pengungjung yang datang memang dari pelbagai lapisan masyarakat dan dari negeri-negeri lain.

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Makanan yang disediakan memang saya boleh katakan secukup rasa. Walaupun Kelantan terkenal dengan masakan yang agak manis, tapi makanan di Restoran Haji Hassan Ayam Kampung ni memang kene betul dengan selera saya yang berasal dari negeri Terengganu ni.

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Sebut berkenaan specialty kat sini tentulah ayam kampung gorengnya. Seketul memang tak cukup…hehehe. Selain daripada itu, saya suka dengan petai rebusnya. Memang tak miss dengan petai rebus kalau datang ke sini.

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Restoran Kegemaran Saya-My Favourite Restaurant

Rasanya kalau nak bawa keluarga dan kawan-kawan, memang sangat disarankan ke sini. Mesti berpuas hati. Makanannya dah lah sedap, harga pun berpatutan. Cuma parking sedikit susah terutama kalau kita pergi sewaktu makan tengah hari kerana restoran ini berada di kawasan deretan kedai yang lain.

Namun, demi memenuhi hajat di hati, sanggup ajer round 2-3 kali cari parking. 🙂

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Restoran Kegemaran Saya | Hari #14; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge