• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Ada tak suka suka menjahit? Kalian suka jahit apa?


Menjahit ni adalah salah satu daripada hobi KIM tau.


Boleh tak tidur malam bila mengadap jahitan ni.


Memang tak rasa mengantuk bila menjahit. Memang boleh jadi asyik sangat. Boleh jadi ala-ala terapi jiwa gitu.


Tapi KIM takdelah terror menjahit sangat pun.


Dulu zaman bujang memang belajar menjahit dengan jiran. Beliau ni tahap terror bangatlah bagi KIM dalam jahitan.


Kalau nak dinner company lama dulu, KIM belek jer majalah, cari mana-mana pattern baju yang berkenan, tunjuk jer kat beliau. Dalam masa beberapa hari jer InshaAllah settle!


Dulu baju kurung, blouse, skirt memang jahit sendiri.


Belajar jahit cadar, langsir, tabir pelamin, baju melayu, baju kebaya, baju ala-ala kot dan macam-macam lagilah.


Cikgu jahit KIM kata, kalau pandai jahit kebaya dan kot yang buat pemakainya selesa dan cantik terletak, tu dah kira kejayaan yang sangat besar dan hebat dalam jahitan.


Tapi sejak ada anak (hahaha…alasan!) jahit yang simple-simple jer.


Macam malam Ahad lepas, disebabkan masa beli seluar slack office suami, orang yang handle bahagian jahit kelim kaki seluar tu takde. So bagitau suami yang KIM akan jahit.


Dalam kepala ni dah berkira-kira nak jahit dengan mesim.


Dulu pernah try godek-godek tapi macam complicated jer.


Tapi, kalini nak cuba jugak


So, cari video tutorial jahitan kelim (blind hem nama dia) untuk mesin jahit Brother CS-6000i.


Akhirnya, dalam pukul 2 pagi lebih gitu, siap juga kelim kaki seluar slack guna mesin jahit???.

 


Walaupun hasilnya belum benar-benar macho, pada KIM, sangat berpuas hati dengan hasil percubaan pertama ni. Paling penting, incik hubby ku suke.


Dengan pesanan “kalau nak beli lagi seluar slack, minta promoter tu potong dan jahit dulu???).

 

Naimah Wahab

Suka menjahit bila free 🙂


Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Hobi Yang Mengasyikkan Walau Tak Semua Orang Suka

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge