• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Apakah Buasir?

Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak pada rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar, ianya menganggu dan menyebabkan membran serta sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

 

Buasir-Internal_and_external_hemorrhoids

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memeri dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutama sewaktu meneran.

 

Jenis-jenis Buasir

#1: Buasir Dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak sakit dan gatal kerana terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan daripada laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah.

Anda akan titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Sekiranya keadaan ini berlaku, segera mendapatkan bantuan perubatan. Ini kerana, darah tersebut mungkin datang daripada sumber lain seperti ketumbuhan dan kanser kolorektum.

 

#2: Buasir Luaran

Buasir inilah yang selalu kita dengar mengakbatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal pada bahagian dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan berlaku di dalamnya dan akan menyebabkan ia terasa amat sakit.

Gejala-gejala inilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukann perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memeri dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang sebelumnya.

 

Punca Penyakit Buasir

  • Tekanan (pressure)
    • Salur darah venus di bahagian anus dan rektum sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan boleh menyebabkan buasir. Selain daripada itu, tekanan di dalam perut turut menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur.
  • Duduk atau berdiri terlalu lama
    • Berdiri terlalu lama akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak dan terkeluar.
  • Masalah sembelit
  • Berat badan berlebihan
    Akan memberi tekanan kepada venus.
  • Mengandung

Shaklee menyediakan Set Buasir yang terdiri daripada Omega Guard, Ostematrix dan Zinc.

 

Omega Guard Shaklee

Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 yang bertindak sebagai anti-radang sekaligus membantu mengecutkan bengkak dalaman dengan lebih pantas.

Ostematrix
Ostematrix yang kaya dengan kalsium dan magnesium membantu melembutkan najis. Justeru itu turut mencegah daripada berlakunya buasir berulang.

Zinc
Zinc pula membantu untuk menyembuhan luka dalaman dengan lebih pantas.

 

Omega Guard, RM 136 – 90 kapsul
Ostematrix, RM 61 – 120 kapsul
Zinc, RM 34, 120 kapsul

 

Untuk order, boleh hubungi saya:-

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

5 thoughts on “Jenis dan Punca Buasir

Leave a Reply to cik tom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge