• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Assalamualaikum wrm wbt dan salam sejahtera 🙂

Untuk entri kali ini adalah bagi menyahut Cabaran 30 Hari Entry yang mana berkisar tentang Impian Yang Sedang Anda Usahakan. Sebenarnya sedikit ketinggalan bas, tapi tengah kejar ni supaya tak terus kene tinggal sorang-sorang tepi jalan 😛

Dreams come true
Gapai impian

Sebut pasal impian, impian ini juga adalah target hidup. Jadi kene letak tinggi-tinggi supaya ianya akan menjadi sebagai push factor untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

shaklee senior supervisor
Impian yang bakal menjadi kenyataan

Memandangkan saya sekarang ni terlibat secara serius dalam bisnes Shaklee, jadi sudah pasti impian saya untuk berjaya dalam Shaklee ni. Impian yang lebih khusus lagi, saya sedang berusaha untuk naik terus ke rank Senior Supervisor.

Sudah pastilah bukan mudah nak naik rank ni. Segala usaha perlu dilaksanakan. Ikut semua tunjuk ajar daripada mak, nenek, moyang (upline), amalkan dengan bersungguh-sungguh beserta doa dan tawakkal kepada Yang Esa.

 

Kenapa Nak Naik Rank Senior Supervisor?

Benefit

Sayanglah kalau tak ambil semua tawaran yang Shaklee offer. Dari Cash Program, Car Program sehingga Convention/Incentive Program. Itu semua hak kita kan?

Shaklee Car Program
Rebutlah peluang best ini!

Sekiranya menjadi pengedar biasa, kita hanya dapat Cash Program untuk Personal Group Bonus sehingga 21% sahaja. Sedangkan kalau kita dah naik rank, kita boleh rebut peluang-peluang yang lebih hebat yang disediakan oleh Shaklee.

Ekonomi

Bila dah naik rank ni, gerentilah bonus pun makin masyuk….hehehe. Bila dah bertambah pendapatan, secara tidak langsung saya dapat menjana ekonomi sendiri dan keluarga. Di samping itu, banyak perkara yang saya boleh buat untuk keluarga sendiri, saudara mara, jiran-tetangga, sahabat handai dan mereka yang tersayang.

Infaq

Sebagaimana yang dititikberatkan oleh kumpulan bisnes Shaklee kami, kami mencari keuntungan dunia untuk kesenangan akhirat. Jadi saya berharap sangat, dengan rezeki yang melimpah ruah hasil daripada penglibatan saya dengan Shaklee ni, tabung infaq saya dapat diperbesarkan.

Bestnyer kan kalau kita dapat menderma tanpa perlu risau duit kita ni cukup ke tak? Tak perlu lagi dah nak berkira-kira kalau nak tolong orang lain.

Sebenarnya, daripada impian yang sedang saya usahakan ini, saya mempunyai dua TARGET besar untuk dimanfaatkan oleh semua orang termasuk mereka yang memerlukan. Saya ada beberapa orang senarai nama yang bakal saya jadikan rujukan suatu hari nanti setelah impian yang saya bina tercapai setiap satunya.

Semoga Allah yang Esa memberi belas ehsan-Nya kepada saya dan mereka yang terlibat.

Kalau anda nak join Shaklee secara PERCUMA pun boleh!

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Impian Yang Sedang Diusahakan | Hari #9; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply to cik tom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge