• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Wah wah wahhh, cabaran kali ini adalah berhubung tentang kereta idaman saya. Hmmmm…bila sebut bab-bab idaman ni, tak larilah dengan angan-angan kan? Moga-moga angan-angan bakal menjadi kenyataan, inshaa Allah. 🙂

toyota estima

Kereta idaman saya ialah Toyota Estima. Secara amnya, Estima ada 4 grade. Estima Aeras untuk sporty, Estima G untuk luxury, Estima X untuk basic dan Estima J untuk commercial. Grade inilah yang membezakan ciri-ciri luaran dan dalamannya. Tapi teknologi enjin tetap sama iaitu 4 cylinder, 2.4L fuel injection with 4-speed automatic drive.

toyota estima

toyota estima

toyota estima

Yang paling mahal tentulah yang G package tetapi yang biasa dicari ialah Aeras package kerana body kit yang lebih cantik, ada special bumper dan foglamps. Ciri-ciri tambahan lain ialah sun roof, moon roof, vacuum door, reverse sensor, reverse camera, original 17″ rim, walnut steering, navigator, DVD player, monitor dan sebagainya. Semakin banyak ciri2 ini maka semakin mahallah kereta ini.

toyota estima

toyota estima

Sebab utama saya memilih kereta ini kerana ia merupakan MPV (Multi Purpose Vehicle). Dengan anak dua orang ni, lagi selesa kalau kereta yang lagi besar. Nak-nak kalau dah bertambah ahli lagi ker…hehehe.

Satu lagi sebab dia, bila dah balik kampung nanti, senang nak angkut semua family kalau nak ke mana-mana. Lagi mudah kalau gerak satu kereta. Kalau Allah kasi rezeki melimpah-ruah, nak jer beli satu untuk mak kat kampung. Mana tahukan? Tak mustahil kan sebab Allah penuh dengan keajaiban. Ameeenn.

Yang pasti, nak semua ler ciri tambahan dia tu. Macam best jer. Terasa seperti berada di dalam rumah canggih yang sedang bergerak. 😛

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kereta Idamanku | Hari #12; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply to Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 7 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge